Badan Perhubungan MCA Negeri Perlis
Wisma MCA, Tingkat Dua,
58 Medan Syed Alwi,
01000 Kangar

Saturday, May 14, 2011

声声入耳 事事关心

五月八日早上, 玻州州务大臣与马华玻州联委会主席傅子初医生州行政议员率领一个访问团队前往繁华园巡视, 探访居民以亲身了解当地民生问题. 访问团队的成员包括人文发展官李思清和多名马华党要.

访问团队和繁华园乡村发展及安全委员会主席及委员们讨论了当地的民生问题. 州务大臣与傅子初医生特别关注当地的沟渠清理工作, 并训令官员改善当地排水系统. 州务大臣说国阵政府向来都竭尽全力给人民享有最好的设施.

视察工作完毕后, 访问团队和繁华园居民在茶摊子喝茶交流,场面热闹.


Pada 8 Mei, Menteri Besar Perlis Y.A.B Dato’ Seri Dr Md Isa Bin Sabu diiringi oleh ADUN Indera Kayangan merangkap Pengerusi Badan Perhubungan MCA Negeri Perlis YB Dr Por Choo Chor,mengadakan lawatan ke Taman Kemajuan di Kangar. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk turun padang melihat sendiri keadaan prasarana dan kehidupan penduduk setempat. Pegawai Pembangunan Insan En. Lee Soo Chen dan beberapa orang pemimpin parti MCA turut serta.

Pengerusi JKKK Taman Kemajuan En. Abd. Rahman B. Adinan, Timbalan Pengerusi En. Che Mat Dali B. Mat Isa, Setiauasa En. Roslan B. Shariff dan penghuni-penghuni di taman perumahan tersebut telah memberi sambutan meriah kepada YAB Menteri Besar serta rombongannya. YAB Menteri Besar berinteraksi mesra dengan penghuni-penghuni taman berkenaan .

YAB Menteri Besar mengarahkan pegawai-pegawainya supaya memberi perhatian terhadap kebersihan parit di taman berkenaan. Beliau memberitahu penghuni bahawa sistem perparitan di taman berkenaan juga akan dipertingkatkan. YAB Menteri Besar berkata kerajaan BN sentiasaberusaha untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat.










No comments: